Pena Kreatif (Naratif dan Deskriptif)
April 26, 2009
Pena Kreatif terdiri daripada 2 jenis karangan iaitu:
1. Karangan Jenis Gambaran/Keperihalan
2. Karangan Jenis Cereka/Imaginasi
Nota ringkas:
Karangan Jenis Gambaran/Keperihalan
1. Karangan jenis ini merupakan suatu bentuk penulisan yang menggambarkan atau memerihalkan apa-apa yang dilihat, didengar, dan dirasakan
2. Biasanya karangan jenis ini menghendaki anda menggambarkan atau memerihalkan seseorang, sesuatu pengalaman, sesuatu keadaan, sesuatu tempat atau pemandangan, sesuatu peristiwa atau acara, seduatu benda, da sebagainya
3. Perkara-perkara yang hendak anda gambarkan itu mungkin terdiri daripada sesuatu yang berbentuk kenyataan atau khayalan.
4. Perkara-perkara yag hendak anda gambarkan itu mestilah jelas, menarik, mempunyai perbandingan yang sesuai, dan dapat memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca/pemeriksa karangan anda.
5. Misalnya, apabila anda menggambarkan sesuatu tempat, selain anda menggambarkan apa-apa yang dapat anda lihat, anda juga boleh menggambarkan apa-apa yang anda dengar dan anda rasakan, serta suasana pada ketika itu.
6. daya pemikiran yang kuat, imaginasi yang mantap, dan pemilihan kata yang tepat diperlukan apabila menulis karangan jenis ini.
7. Apabila anda menulis karangan jenis ini, elakkan penggunaan teknik penyampaian yang berulang-ulang.
8. Untuk mengelakkan penggunaan teknik tersebut, susunlah karangan anda dengan berdasarkan aspek-aspek tertentu.
9. Contohnya, jika anda menulis sesuatu tentang suasana alam pada ketika senja, gambarkanlah aspek-aspek pemandangan alam sekitar, cuaca, suasana, kegiatan manusia pada ketika itu, dan perasaan yang anda alami.
10. Pengetahuan yang luas tentang apa-apa yang anda gambarkan akan membantu anda menghasilkan karangan yang baik.
Karangan Karangan Jenis Cereka/Imaginasi
1. Karangan jenis ini mempunyai ciri-ciri sesuatu cerita.
2. Antara ciri-ciri yang penting termasuklah peristiwa, watak, tempat dan latar cerita, sebab dan akibat kejadian, dan jalan cerita.
3. Dalam soalan peperiksaan, antara aspek-aspek yang dikemukakan untuk dijadikan karangan termasuklah:
a. Menceritakan sesuatu peristiwa suka, atau duka, atau peristiwa yang ngeri (tragedi);
b. Menceritakan pengalaman anda sendiri mengenai sesuatu tajuk;
c. Melengkapkan cerita dengan berpandukan pendahuluan atau penutup cerita yang diberikan.
4. Teknik penulisan memainkan peranan penting dalam karangan jenis ini. Selok-eloknya, masukkanlah unsur-unsur ketegangan (saspens), imbas kembali, imbas ke hadapan (imbas muka), dan sebagainya supaya cerita anda tidak membosankan pembaca.
5. Karangan cereka ini mempunyai empat tahap yang utama, iaitu tahap permulaan/pembukaan, konflik, kemuncak dan penyelesaian
6. Gunakan unsur-unsur gaya bahasa yang kreatif (Frasa Berbunga) seperti dialog, kiasan, peribahasa dan sebaginya untuk menimbulkan gaya bahasa yang menarik dan sesuai dengan isi cerita.
7. untuk menjadikan cetia anda lebih menarik lagi dan berkesan, pelbagaikanlah penggunaan ayat dalam karangan anda itu.
8. Selain itu, masukkalah pelbagai unsur nasihat yang berguna kepada pembaca dalam karangan anda, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sila ke sini, untuk mendapatkan penerangan sepenuhnya.




Julai 21, 2009 at 2:19 pm
salam ziarah tuan rumah
wah, menarik sekali tulisan sdr. senang2 nanti, silalah ke blog saya pula di http://azmahnordin.blogspot.com k