Apa itu Ceterpen?

Mac 11, 2009

Definisi

Ceterpen ialah cereka yang berbentuk prosa naratif yang pendek, padat dan bersifat progresif. Ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh pengarang dalam karyanya yang mengandungi satu atau dua adegan dengan satu kesan yang mendalam, terus dan berpengaruh. Dengan saiznya yang muat saku, ceterpen mengandungi tidak lebih daripada 500 perkataan dan ia berbeza dengan genre yang lain dari segi penyiaran/penerbitannya yang unik.

Mengapa Ceterpen?

Setiap golongan dalam masyarakat perlukan pengalaman hidup untuk menangani dan mengatasi pelbagai masalah. Ceterpen bertujuan mengongsi pelbagai pengalaman tengan cara menangai dan mengatasi masalah-masalah tersebut menerus bahan bacaa bercorak kreatif yang pendek tetapi padat.

Jangka masa Membaca

3 hingga 4 minit sahaja. Dengan jangka masa yang pendek ini, ceterpen sesuai dijadikan bahan bacaan semasa perjalanan menaiki kenderaan awam terutama sekali MRT.

Pengasas genre CETERPEN

Pengasas genre CETERPEN ialah CG Karmin Bin Abbas. Tujuan beliau ialah menampilkan satu genre yang memenuhi keperluan dan keadaan pembaca muda.

CG Karmin Bin Abbas ialah pengasas genre CETERPEN

Leave a Reply