Karangan 1HML
September 29, 2009
Sila hantar menerusi komen.
se kiriman e-mel
| datin Asima abdul la… pada Karangan 1HML | |
| Nurhanna pada Karangan 1HML | |
| Haziyah Rafnye dan S… pada Karangan 1HML | |
| Fajarina Asyikin Moh… pada Karangan 1HML | |
| Erna Adlina BKA … pada Karangan 1HML |
|
NUDA
1 OLD PARLIAMENT LANE
SINGAPORE 179429
September 29, 2009 at 3:47 pm
Air mata yang suci mengalir keluar daripada kelopak mataku sambil badanku rebah di atas katil hospital. Aku mengimbas kembali masa-masa dahulu ketika aku kehilangan kakak sulungku. Seringku menyalahkan diri kerana aku telah menyebabkan semua perkara-perkara buruk untuk berlaku. Betapaku inginkan masa berputar kembali. Malangnya, tiada apa-apa yang boleh aku lakukan apatah lagi untuk mengembalikan ibu kepadaku. Aku terperangkap dalam kancah kekesalan. Hatiku tenggelam dengan penuh kesedihan.
Pada masa itu, aku seorang anak yang sangat degil, sukar mendengar nasihat orang lain. Hari-hari aku melihat ibu letih selepas seharian bekerja. Seringku menanyakan kepada ibu apa sebenarnya pekerjaannya yang terlalu meletihkan diri tetapi, tidak pernah sesekali dia menjawab persoalanku itu. Aku tidak dapat menahan perasaanku yang ingin tahu sehingga pada suatu hari, aku mengintip ibu ke tempat kerjanya dengan arwah kakak.
Aku terperanjat melihat ibu keluar dari bilik yang gelap bersama seorang jejaka tampan sambil membutang bajunya. Mulutku ternga-nga. Mataku berair. Aku ingin menangis tetapi kemarahanku meluap-luap. Aku begitu kecewa dengan ibu. Dengan itu, aku melarikan diri kerana tidak dapat menahan kemaluan.
Ibu terus mengejarku, beliau ingin menerangkan sesuatu tetapi aku tidak memberinya peluang. Aku tidak mempercayainya lagi. Air mataku berjujur deras sambil aku berlari. Kakak tidak sanggup melihat ibu tercungap-cungap kepenatan lalu dia ikut mengejarku. Ibu menjerit-jerit namaku tetapi aku tidak mengendahkan panggilannya kerana aku terlalu kecewa. Secara sekonyong-konyong, sebuah van berlalu pantas dihadapanku. Memang nasibku untuk mengelak kenderaan itu tetapi malang, kakakku yang ditimpa kemalangan. Pada hari itulah kakak meninggalkan kami.
“ Ini semua kerana ibu! Ibu bunuh kakak! Angah benci ibu! “ teriak aku dengan penuh kemarahan.
Aku tahu bahawa kata-kataku kasar dan telah menyinggung perasaan ibu. Aku sengaja melakukan begitu kerana aku ingin ibu tahu bagaimana perasaannya jika kita kecewa. Sejak hari itu, aku jarang berbual dengan ibu.
Beberapa tahun sudah berlalu. Adik bungsu dan ibu tinggal bersamaku. Hari semakin hari aku naik jelak melihat muka ibu, setiap kesalahan yang diperlakukan walaupun begitu kecil, akanku memarahinya. Sehinggakan satu hari, aku begitu marah sekali. Ibu menjatuhkan bingkI gambar keluargaku lalu ia pecah, berderai. Dengan tidak ku sedari, aku menendang ibu keluar dari rumah. Aku mencampak semua pakaiannya ke halaman depan rumah lalu terus menutup pintu. Mulai hari itu, aku tidak tahu kemana dia pergi juga bagaimana dia dapat menyara hidupnya.
Satu hari, aku ternampak seorang wanita tua mengutip tin-tin kosong. Dia kelihatan serupa dengan seseorang yang pernah aku nampak. Dengan penuh perasaan ingin tahu, aku menanyakan nama, keluarga dan apa-apa yang patut. Hairannya, wanita itu tidak menjawabku. Aku semakin marah.
“Angah lupakan ibu kah?” suara yang pernah aku dengari seperti bermain-main di telingaku.
Aku terperanjat melihat wajah ibu yang dulunya berseri tetapi kini telah menjadi begitu teruk sekali. Aku terus toleh ke belakang. Aku tidak mahu melihat mukanya yang aku dengki. Aku cuba melarikan diri sekali lagi.
“Kenapa engkau harus muncul dihadapanku? Aku tidak ingin melihat muka engkau!” aku jerit kepadanya di hadapan khalayak ramai. Ibu tetap memanggil namaku. Aku berasa sangat bingit mendengar suaranya. Aku mencepatkan kelajuan kakiku.
Tiba- tiba, aku kedengaran seperti sesuatu telah dilanggar. Aku tolehkan kepalaku ke belakang dan ternampak ibu terbaring di tengah jalan raya. Ibu memohon maaf kepadaku. Disebabkan kedegilanku, aku masih tidak mahu memaafkan ibu yang telah menyuapku dengan menggunakan duit haram. Aku tidak mengendahkan kata-katanya. Secara mendadak, penglihatanku menjadi gelap.
Apabila aku menyedarkan diri, aku melihat ramai orang. Adik sedang menangis. Doctor memberitahuku bahawa aku lumpuh disebabkan kemalangan yang menimpa. Aku pusing ke kiriku. Semua orang sedang bersedihan melihat seorang mayat. Adik memberitahuku bahawa ibu telah tiada. Ibu pergi ketika dia sedang mencium dahiku di tengah-tengah jalan raya. Lalu, air mata mula mengalir, membuatku sungguh kesal kerana aku tidak dapat memohon maaf. Aku bagaikan orang kurang siuman yahg ingin menghentak kepalaku ke dinding. Kini, barulah aku tahu apa akibatnya berdehaka kepada ibu.
Sinopsis:
Seorang janda harus menyara keluarga sendiri. Dia tiada cara lain untuk menyelesaikan masalah kelaurganya. Dia terpaksa menjadi seorang pelacur semata-mata untuk mendapatkan wang. Pada suatu hari, anak sulung dan tengah,Malek mendapati bahawa mereka telah dibesarkan menggunakan duit haram. Anak tengahnya begitu dengki terhadapnya. Dia melarikan diri dari rumah. Ibu dan kakak cuba mengejarnya tetapi, kakak ditimpa kemalangan lalu meninggal. Malek berasa benci terhadap ibu kerana dia telah menyebabkan semua perkara ini berlaku. “ aku benci engkau, kerana kau, aku malu hinggakan aku lari rumah, disebabkan kau, kakak mengejar aku, kerana kau, kakak mati. Kalau kau ukan seorang pelacur, takkan aku lari rumah. Tidak usah kakak mengejarku dan tiada takkan ditimpa kemalangan! Kau adalah punca buat segalanya” kata-kata yang kasarnya menyakitkan hati seorang ibu. Beberapa tahun kemudian, malek dan adiknya sudah menjadi orang dewasa. Pada suatu hari, Malek berasa rimas melihat ibunya. Dia terus membangkitkan cerita lama dan menghalau ibunya keluar dari rumah. Dia menendang perut ibu yang telah melahirkan dirinya. Ibunya terpaksa tidur di tempat sampah untuk hidup. Dia terpaksa mengatasi pelbagai rintangan. Pada suatu hari, Malek terjumpa ibunya menguntip tin-tin kosong. Malek degil dan tidak mahu memaafkan ibunya lalu terus lari. Ibunya cuba mengejar tetapi dilanggar sebuah kenderaan. Malek tidak mahu membantunya dan dia sendiri ditimpa kemalangan selepas itu. Akhirnya, Malek menjadi lumpuh. DIa berasa begitu kesal kerana tidak dapat memohon maaf daripada ibunya.
Oktober 2, 2009 at 1:37 am
Siti Hawa,
saya nak betulkan nahu Siti;
1.ayat daripada kelopak mata…guna dari sebab dari itu untuk masa dan tempat ..dari atas ke bawah…tunggu dari pukul tiga hingga empat
2.masa-masa … guna masa saja..tak boleh dibilang
3,buruk yang berlaku bukan buruk untuk belaku
perenggan2
1.persoalanku….soalanku
menahan kemaluan…tak boleh kemaluan ialah alat sulit menahan malu saja
menjawab panggilanku…bukan menjawabku
aku kedengaran, salah …aku terdengar
saya ingin bertanya siapakah yang menanggung makan minum anak-anak setelah ibu tiada?
kenapa pula si anak ditimpa kemalangan?
namun begitu moral cerita ini baik..syabas kpd anaknda siti kerana cuba menterjemahkan dalam karya ini.susun jalan ceritanya supaya tidak tergantung.
salam sayang kpd semua..sayangilah bahasa kita
wassalam
Oktober 1, 2009 at 2:52 am
“Ibu, ayah, apabila ibu dan ayah berada di luar negara bulan lalu, Farah nampak Kak Balqis membawa teman lelakinya datang ke rumah pada waktu malam tau,” adikku, Farah, memberitahu ibu bapaku dengan bersungguh-sungguh.
Sebelum aku dapat menepis kata-kata yang dilempar terhadap aku dan membela diriku, kemarahan jelas terpancar di wajah bapaku sehinggakan aku tidak berani untuk membuat sedemikian. Matanya merah seperti biji saga. Bapaku menumbuk meja hingga terpelanting botol minuman di atas meja menunjukkan kemarahan yang terbuku di dada. Ibuku cuba untuk membela aku kerana dia percaya yang aku tidak akan membuat begitu. Air mata mengalir deras. Kedua-dua bahuku terhenjut-henjut menahan sebak. Mengapa Farah harus menuduhku dan mencari pasal dengan aku? Apa yang telah aku lakukan yang menybebabkan dia benci kepadaku? Mengapa? Aku menggeleng-geleng kepalaku. Hairan. Biarpun sikap Farah amat mengecewakan, aku tetap menyayanginya. Aku tetap melayannya dengan baik. Mungkin ini adalah nasib diriku. Sebagai hamba-Nya, aku hanya mampu bertawakkal dan berdoa agar adikku akan berubah.
Ketika aku sedang mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir tahun, aku menerima panggilan daripada kawan Farah. Dia mengatakan bahawa Farah telah dilanggar kereta lalu dimasukkan di hospital. Terperanjat, aku berdiri terpaku. Suaraku seperti tersendat di tekak. Telefon yang berada dalam genggamanku terjatuh. Aku seolah-olah tidak percaya akan berita yang disampaikannya itu. Berita itu bagaikan langit terhempap di dadaku. Dengan pantas, aku bersiap lalu memulakan perjalananku ke hospital. Aku berdoa kepada Tuhan agar Farah berada dalam keadaan yang baik sekarang. Setelah sampai ke hospital, aku menuju ke wad Farah. Tanganku terketar-ketar untuk membuka pintu wad itu.
Aku melangkah masuk. Suasana dalam wad itu diselimuti kepiluan. Farah masih belum menyedarkan diri. Aku memandang wajah adikku dengan penuh kasih sayang. Wajahnya yang seiras dengan ibuku amat comel. Sayangnya, doktor memberitahuku bahawa kakinya harus dipotong. Aku berharap Farah akan kuatkan semangatnya untuk menghadapi cabaran ini. Hati kecilku berbisik agar Farah akan tabah. Pada keesokkan harinya, Farah dibenarkan untuk pulang. Doktor memesannya agar banyakkan berehat.
Aku mencantikkan bilik Farah dengan pelbagai hiasan ketika menyambut kepulangannya dari hospital. Aku tidak mahu adikku berasa susah hati atau runsing dengan penyakit yang dideritainya itu. Oleh itu, aku cuba mewujudkan suasana yang lebih selesa untuk Farah. Aku juga sentiasa meletakkan jambangan bunga yang sentiasa segar di dalam kamarnya. Walaupun sibuk, aku juga sering meluangkan masa untuk berbual-bual dengan Farah agar dia tidak berasa kesunyian atau berasa keseorangan menanggung penderitaan itu. Tambahan pula, anggota keluargaku yang lain sibuk dengan tugasan harian mereka lalu tidak mempunyai masa untuk bersama-sama Farah. Aku ingin pastikan Farah tidak berasa bosan tinggal di dalam bilik itu keseorangan. Ibu sering mendengar hilai ketawa kami berdua di dalam bilik itu. Tanpa jemu, aku selalu memberikan semangat serta keyakinan kepadanya dan cuba sedaya upaya memimpin Farah supaya boleh berjalan semula walaupun dia sudah hampir berputus asa kerana doktor telah mengesahkan bahawa dia tidak dapat berjalan semula malahan ibu sendiri berpendapat usaha yang dilakukan oleh aku itu adalah sia-sia.
“Kak Balqis, Farah hendak minta maaf atas segala kesilapan Farah. Farah tahu Farah banyak menyusahkan kakak. Farah cemburu kerana ibu lebih menyayangi kakak. Lagipun, semua orang sukakan kakak sebab kakak baik hati dan lawa. Farah tahu Farah tidak secantik kakak tapi kakak dapat banyak perhatian. Farah minta maaf, ya.”ujar adikku dengan penuh keikhlasan sambil menangis.
Aku amat terharu.Terukir senyuman di bibirku. Tanpa melupakan Tuhan, aku bersyukur kerana akhirnya, Farah telah berubah. Dia telah pun sedar akan kesilapannya itu.
“Farah, kakak maafkan kamu dari dahulu lagi. Kasih sayang-Nya lagi tulus dan ikhlas daripada kasih sayang manusia.”
Oktober 1, 2009 at 3:04 am
Hadi berbohong kepada ibunya yang tua yang dia hendak ke KL untuk berlajar. Ibunya memberi Hadi separuh duit tambungannya kepadanya untuk perbelanjaannya di KL . Tujuan Hadi sebenar adalah untuk membeli sebuah rumah mewah di KL untuk menginap bersama temanitanya. Selepas membeli sebuah rumah mewah di KL, dia membazirkan duitnya dengan membeli barang-barang berjenamah untuk temanitanya dan berfoya-foya bersamanya.
Apabila duitnya sudah kekurangan, Hadi akan pulang ke kampung untuk meminta ibunya duit lebih. Berulang-kali sudah terjadi begini dan dia juga meminjam duit haram kerana sikapnya yang tamak. Selepas beberapa bulan tidak pulang kampung, bapanya ke KL untuk mencarinya kerana rindu terhadapnya. Bapanya adalah seorang yang cacat percakapan dan lumpuh. Walaupun dia tidak dapat berjalan dengan sempurna, dia sanggup mencari Hadi di merata KL. Bapanya terserempak dengan Hadi di sebuah kedai kopi. Bapanya menegur, “ Anakku tersayang, pulanglah ke kampung. ”
Oleh kerana malu depan rakan-rakannya, Hadi menengking, “AH! SIAPA ENGKAU? GILA! BAPAKKU DAH LAMA MENINGGAL, BINATANG!” Hadi dengan rakan-rakannya pula bergegas ke kereta. Dengan segera, dia memandu dengan cepat. Bapanya pula sedang mengejarnya. Oleh kerana bapanya orang kampung dan tidak biasa dengan bandar, beliau tidak tahu melintas jalan raya yang sibuk. Dengan itu, dia dilanggar oleh sebuah kereta. Tanpa disedarinya, kereta Hadi yang melanggarnya. Darah mengalir perlahan-lahan dari kepalanya dan terdapat luka-luka di seluruh badannya. Seliparnya tercampak tidak jauh dari kemalangan itu dan bajunya berkoyakan. Orang ramai melihat suasana yang gerun itu dan terus bergegas untuk menolong. Semua kenderaan berhenti kecuali satu, kereta Hadi. Malangnya, itu saat terakhir Hadi dapat melihat bapanya hidup. Bapanya tidak dapat diselamatkan oleh para paramedic dan telah menghembus nafasnya yang terakhir.
Selepas beberapa hari kemudian, peminjam duit haram mencarinya dan Hadi melarikan diri ke kampungnya untuk mengambil duit daripada ibunya tetapi ibunya tiada wang lagi dan Hadi marah dan mencekik ibunya. Adiknya merayu untuk berhenti dan dengan marah, dia menolak ibunya ke lantai dan melarikan diri untuk mencari wang. Apabila ibunya berjalan-jalan beberapa hari kemudian, seorang pemandu motosikal mencuri begnya dan itu adalah Hadi. Hadi membuka beg dan menjumpai wang tetapi tidak tahu beg itu kepunyaan ibunya sehingga menjumpai kad identiti. Sedih sekali apabila sebuah van terlanggarnya dan dia tercampak ke dalam sungai yang berdekatan dan dia lemas. Warna sungai itu bertukar menjadi merah yang sungguh gelap. Hadi pula menghembus nafas yang terakhir. Apabila hendak dikebumikan, banyak masalah ditimpa seperti mayatnya terlalu berat sehingga tayar van pancit dan tanah tidak cukup untuk menutup kuburnya. Keesokkan hari, baru dia dapat dikebumikan tetapi sebelum itu, mereka terjumpa banyak cacing dan ulat di sekeliling mayatnya. Sesudah dikebumikan, adiknya, ibunya dan temanitanya berayu untuknya kembali. Walaupun Hadi telah membuat sesuatu yang amat menyedihkan, kasih seorang ibu itu amat besar untuk anaknya.
2 Pengajaran
kita haruslah hormat ibu bapa. kita tidak boleh derhaka kepada ibu bapa.
kita haruslah jujur dan tidak tipu orang lain
2 contoh
Hadi meminta duit dari ibunya
Hadi menipu ibunya bahawa dia ke KL untuk belajar
Oktober 1, 2009 at 3:27 am
Hihi. Ada terdapat kesilapan ejaan untuk beberapa perkataan. o_O
1) berlajar (baris 1)=belajar
2) berjenamah (baris 6)=berjenama
3) paramedic (baris 29)=paramedik
Oktober 1, 2009 at 3:08 am
Ibuku hanya mempunyai satu mata. Aku bencikannya. Dia selalu memalukanku. Dia bekerja sebagai tukang masak untuk menanggung keluarga kita.
Semasa aku berada di sekolah rendah, dia datang untuk memberi makan tengah hariku. Aku sungguh malu. Teman-temanku tertawakanku dan berkata, “Eee, ibu kamu cuma ada satu mata!”. Aku tidak memperdulikannya lalu menjeling mataku dan lari jauh daripadanya. Pada masa itu, aku rasa seperti aku hendak mati. Aku mahu ibuku lesap dari dunia ini supaya dia tidak akan memalukanku lagi. Pada hari itu juga, aku berterus-terang kepadanya, “Kalau kamu mahu memalukanku, lebih baik kamu mati!” Ibuku hanya berdiam diri. Aku tidak fikirkan apa yang aku telah katakan kepadanya kerana aku penuh dengan perasaan marah dan malu. Aku tidak menghiraukan perasaanya langsung. Aku mahu menghilangkan diri dan tidak mahu ada kena-mengena dengannya.
Oleh itu, aku bekerja keras dan berjaya melanjutkan pelajaranku di luar negeri. Aku tidak menghubunginya langsung. Tidak lama kemudian, aku berkahwin dan mendirikan sebuah keluarga. Aku puas dengan hidupku, anak-anakku dan semua keselesaanku.
Suatu hari, ibuku datang melawatku. Dia sudah lama tidak menemuiku dan tidak pernah menemui cucu-cucunya. Sedang dia berdiri di pintu rumahku, anak-anakku mentertawakannya. Aku memakinya kerana melawatku tanpa memberitahuku. “Berani kamu datang rumahku dan menakutkan anak-anakku! Pergi kamu!” aku menjerit kepadanya. Ibuku hanya berdiam diri dan mengatakan bahwa dia mungkin telah ke rumah yang salah lalu beredar dari situ. Setahun berlalu dan secara senyap-senyap, aku pulang ke rumah lamaku untuk bertanya tentang keadaan ibuku. Sampai sahaja aku di sana, jiran-jiran lamaku mengatakan bahwa dia telah meninggal dunia. Hatiku menjadi beku. Yang menghairankan, aku tidak rasa bersalah atau sedih. Tiada setitik air mata pun yang mengalir dari mataku. Pak Abu memberiku sepucuk surat yang ibuku mahukanku membacanya.
‘Wahai anakku yang tersayang,
Aku memikirkanmu setiap detik. Aku minta maaf kerana telah ke rumahmu dan menakutkan anak-anakmu. Kamu tidak tahu beberapa gembira perasaanku apabila aku dapat tahu bahwa kamu telah berumahtangga. Namun, aku mungkin tidak boleh bangun dari katil untuk menjumpai kamu lagi. Aku minta maaf kerana aku selalu memalukanmu. Kalau hanya kamu mengetahui yang sebenar. Semasa kamu masih kecil, kamu terlibat dalam sebuah kemalangan. Kamu kehilangan sebelah matamu. Sebagai seorang ibu, aku tidak sanggup melihat kamu menderita dan membesar dengan hanya satu mata. Oleh itu, aku memberikanmu mataku. Aku sungguh bangga dengan apa yang kamu telah lakukan dengan mata itu. Kamu harus tahu bahawa aku menyayangi kamu apa pun yang terjadi kerana kamu adalah anak tunggalku. Aku minta maaf dan selamat tinggal, sayang.
Dengan penuh kasih sayang,
Ibu’
Aku tidak tahu betapa banyak ibuku telah mengorbankan untuk diriku. Aku harus berfikir sebelum membuat sesuatu dan jangan membuat andaian tanpa berfikir. Aku menyesal kerana tidak melawatnya pada cuti sekolah. Kini, perasaan sayangku untuk ibuku telah lesap. Walaupun aku tahu dia telah meninggalkanku, aku tidak rasa kehilangan. Aku ini seperti kacang yang lupakan kulit.
Synopsis ;
Cerita ini tentang seorang anak yang durhaka kepada ibunya yang hanya mempunyai satu mata. Dia tidak tahu bahawa ibunya kehilangan satu mata itu kerananya. Dia tidak tahu mengenang jasa ibunya dan hanya memikirkan tentang dirinya.
Oktober 1, 2009 at 3:35 am
“Nasi Lemak, nasi lemak. Satu dua dolar!” ujar seorang wanita yang kelihatan agak tua. Kadang-kala dia terbatuk-batuk. Dengan sehelai tuala buruk, dia mengelap titik peluh yang menitik di dahinya. Bungkusan-bungkusan nasi lemak yang hampir habis di dalam bakulnya dikendong untuk dibawa pulang. Di tepi jalan yang sibuk itu, dia berjalan dengan tempang menuju pulang ke rumahnya yang usang.
Sejurus sahaja Mak Lela tiba di rumahnya, dia memanggil anak daranya, Farina. Namun, Farina tidak keluar dari biliknya. “Hmm… Mungkin dia tidak dengar. Farina, oh Farina!” teriak Mak Lela. Mak Lela telah hilang kesabarannya dan terus menghentak langkahnya ke bilik Farina. Alangkah terperanjatnya Mak Lela apabila melihat biliknya kosong. Dia mula risau. “Kemanakah si Farina pergi?” detik hati Mak Lela. Dia pun menunggu kepulangan anaknya itu.
Jam di dinding ruang tamu telah menunjukkan pukul sepuluh suku malam. Tiba-tiba, kedengaran sesuatu di pintu rumah Mak Lela. Pintu depannya pun berkeriut, terbuka. “Mak, Farina dah balik,” kata Farina dengan nada yang malas serta bosan. Dia menghempas pintu dan berjalan menuju ke biliknya.
“ Farina! Kamu ke mana? Sampai malam-malam begini baru hendak pulang?!” marah Mak Lela. Farina mendengus kemarahan. Dia tidak mengendahkan pertanyaan ibunya lalu masuk ke dalam biliknya dan menghempas daun pintu. Mak Lela menggeleng-gelengkan kepalanya. Begini cara Farina berdepan dengannya. Tidak cukupkah pendidikan yang telah dieberikan kepadanya? Mak Lela mengeluh.
Pada keesokan harinya, Mak Lela duduk di meja makan sambil menyiapkan sarapan pagi. Apabila Farina melihat nasi lemak yang terhidang di atas meja, dia pun berkata, “Ibu! Tiap-tiap hari makan nasi lemak, Farina jelaklah! Mana duit belanja Farina?”. Mak Lela diam membisu. Dia tidak sangka anaknya telah berubah dari kecil. Patutkah Farina menerima duit, padahal dia tidak pun sedikit menolongku? Mak Lela berasa serba salah kerana jikalau duit itu diberikan kepada Farina,bolehkah dia menggunakan duit itu dengan cermat?
Tiba-tiba, Mak Lela memegang dadanya. Dia menagadu bahawa hatinya dalam kesakitan dan terasa seperti jarum menusuk-nusuk ke dalam hatinya. Dalam sekelip mata, Mak Lela terbaring di lantai. Farina tergamam untuk seketika. Dia tidak tahu hendak lakukan apa. Matanya berkelip-kelip kekejutan. Di saat itu, lemah seluruh urat sarafnya. Air mata pun mula jatuh berderai di pipinya. “Ibu!” teriaknya dengan sekuat-kuat hati. Apakah yang harus dilakukannya? Dia terduduk, hatinya terasa amat pilu. Keinsafan mula menyelubungi dirinya. Oh ibu, maafkan Farina, detik hatinya yang kesal.
2 Pengajaran: Jangan menyakitkan hati ibu dan membuatnya sedih kerana ia akan menjejaskan kesihatannya.
Membuat sesuatu untuk mendapatkannya, jangan hanya mengharapkan hasilnya.
2 Contoh: Farina kurang ajar terhadap ibunya dan ini telah mengakibatkan ibunya untuk jatuh sakit kerana terlalu banyak risaukan tentang Farina.
Farina harus bekerja dan menolong ibunya jikalau dia hendak mendapatkan duit belanja dari ibunya.
Oktober 1, 2009 at 5:41 am
Saya duduk di sofa dan merenung potrait famili yang diambil apabila saya berumur 20 tahun bersama ibu bapa. Saya menimbas pada hari yang saya berdikari dan meninggalkan ibu bapa. Mereka berkerja sebagai petani dan gaji mereka hampir cukup untuk menyara keluarga kami. Bagaimanapun, mereka dapat menyimpan duit untuk saya supaya saya dapat pergi ke universiti.
Apabila saya tiba di Kuala Lumpur, saya pergi ke hospital untuk menyembuhkan selsema. Saya terjumpa seorang doktor bernama Farid yang kacak. Saya tersinggung dengan dia apabila dia merawat saya. Tidak lama kemudian, saya pun dibenarkan pulang. Saya terus membeli kosmetic dan baju-baju yang cantik untuk menarik perhatian Farid.
Ketika Farah sedang membeli-belah, dia terserempak dengan Farid. Dia mengenali saya dan mengajak saya makan malam bersamanya. Jadi kami pun berbual-bual dan bertukar nombor. Pada malam itu, dia menelefon saya dan menanya khabar. Semenjak hari itu, kami sering berjumpa. Kami pun mula merasa kasih sayang terhadap satu sama lain. Pada suatu hari, Farid pun meminta meminang kepada saya. Saya turus setuju tanpa menaya ibu bapa saya yang sedang di kampung itu kerana Farid ingat saya seorang anak yatim piatu.
Beberapa tahun kemudian, kami sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Apabila kami menonton televisyen, terdengar bunyi ketukan di pintu. Farid pun membuka pintunya dan ternampak dua orang tua. Mereka bertanya jika Farah di rumah. “ Siapakah kamu berdua?”Farif tanya. Rupa-rupanya mereka adalah ibu bapa Farah. Bapa Farah pun memberitahu segala-galanya kepada Farid sementara Farah dan anaknya masih menonton televisyen.
Suaminya masuk balik ke dalam rumah itu dengan muka yang muram. Saya pun menyiasat dan menanya apa yang telah berlaku. Farid bertanya “ Betulkah kamu tiada ibu bapa? Apakah tujuan kamu ke Kuala Lumpur? Untuk belajar atau bercinta?” Saya pun mula binggung. Mengapa dia menanya soalan sebegini? Saya berfikir kepada diri sendiri. “ Sayang, kenapa mahu tahu semua itu? Kami sudah berumahtangga apa yang lampau biarkan sajalah” saya memujuknya.
Dia mula memberitahu apa yang berlaku sebelum itu dan dia tahu segala-galanya pada masa lampau. Ibu bapa saya tahu mana saya tinggal kerana saudara saya pernah nampak saya masuk ke rumah ini. Farid amat marah dengan saya kerana telah bohong kepadanya dan dia menyuruh meminta maaf kepada ibu bapa saya yang sedang tunggu di luar sejak tadi lagi.
Saya pun keluar untuk berjumpa dengan ibu bapa saya. Saya ternampak ibu saya terjatuh ke lantai. Dia seperti tidak boleh ambil nafas dan tiba-tiba dia pengsan. Hati saya berdebar dengan cepat. Farid berlari kepadanya dan cuba merawatnya. Dia membawanya ke hospital.
Air mata saya terjatuh ke bumi. Saya menyesal, saya tidak sempat meminta maaf kepada ibu. Bapa pun marah kepada saya dan menyalahkan saya untuk kematian ibu. Saya telah cuba meminta maaf berkali-kali tetapi bapa mengabaikan saya. Farid tidak kisah tentang saya lagi, selama bapa tidak memaafkan saya, dia tidak akan membenar saya pulang.
Contoh 1:
Selepas diberitahu kebenarannya, Farid marah dengan Farah
Pengajaran 1:
Kita sepatutnya berlaku benar daripada mula.
Contoh 2:
Farah derhaka kepada ibu bapanya tetapi akhirnya dia menyesal.
Pengajaran 2:
Kita tidak sepatutnya derhaka dengan ibu bapa kita kerana mereka sudah mengorbankan banyak untuk kita.
Oktober 1, 2009 at 10:53 am
Contoh: Anaknya tidak putus asa mencari bapanya. Selepas mencari beberapa Bandar, dia dapat berjumpa dengan bapanya.
Pengajaran: Jangan sesekali putus asa jika tidak dapat apa yang diinginkan.
Contoh: Walaupun bapanya sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya, dia masih menyayanginya.
Pengajaran: Walaupun sudah lama mereka terpisah, jalinan kasih tidak putus. bila anda jauh, anda rindu mereka. Bila anda dekat lebih lagi anda sepatutnya menunjukkan cinta kepada yang dikasihi.
Dari : Haziyah & Atikah
Sudah lama Afiq menanti saat untuk dibenarkan pulang ke kampung. Setelah lama belajar di luar negara tanpa ayah disisinya. Dia rindukan ayahnya sangat. Bulan Ramadhan sudah tiba. Masa yang dia ada untuk mencari bapanya amat singkat. Afiq khuatir dia tidak dapat berjumpa dengan ayahnya dan akan kehilangannya buat selama-lamanya.
Afiq tiba di kampung yang kelima, Kampung Delima. Suasana di sana amat sunyi sepi. Dia berasa dia akan dapat berjumpa dengan ayahnya kerana kampong ini dipenuhi dengan warga emas. Matahari memancar dengan terik. Afiq berasa amat haus dan letih.
Dia menuju ke arah tempat menunggu teksi untuk mengambil teksi ke tempat untuk berehat. Namun, seorang pembeca menghampirinya. Afiq teringin untuk cuba menaiki beca itu. Pembeca itu tahu yang Afiq hendak menaiki becanya. Dia berhenti di hadapan Afiq.“Adik hendak tompang?”soal pembeca. Afiq menjawab, “Boleh jugalah, pakcik. Terima kasih.”
Afiq pun menaiki beca itu walaupun ia sempit dan kecil. Di pertengahan jalan, pakcik pembeca itu terasa sakit di kaki dan dadanya. Afiq panik seketika dan terus mengajak pakcik itu ke klinik untuk diperiksa doktor. Afiq mengayuh beca itu ke klinik yang terdekat. Di klinik, Afiq menunggu di luar sementara doktor dan jururawat memeriksa pakcik pembeca.
Pakcik pembeca pun bangun dari tidurnya setelah beberapa jam berehat. Afiq duduk di kerusi di sebelah katil pembeca. “Mengapa adik berada di kampung ini?” soal pakcik pembeca. Afiq menceritakan mengapa dia berada di kampung itu. Ceritanya secara kebetulan hampir sama dengan cerita pakcik itu. Afiq bertanyakan kepada pakcik itu namanya.
Apabila namanya disebut, Afiq terkejut. Dia tidak sangka jikalau pakcik itu adalah bapanya. Afiq seperti tidak percaya bahawa bapanya berada di hadapan matanya. Airmata pun berlinangan keluar daripada mata anak dan bapa yang sudah lama terpisah. Mereka memeluk satu sama lain dengan erat.
Setelah lama berusaha, akhirnya bertemu juga. Tidaklah terbuang peluh dan masa yang Afiq ambil untuk mencari bapanya. Bolehlah dia menyambut Hari Raya bersama bapanya tahun ini.
Oktober 1, 2009 at 11:51 am
Harapan si buta
Sejak Lydia berumur 12 tahun lagi, dia telah hilang daya penglihatannya. Satu kemalangan telah terjadi yang mengakibatkan matanya buta dan kehilangan kedua ibubapanya. Dia telah dijaga oleh teman kepada ibunya yang hanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Ridhwan. Dia mengambilnya kerana berasa kasihan terhadap nasibnya itu dan menganggapnya sebagai anaknya sendiri.
Kini, Lydia sudah dewasa dan usianya sudah hampir mencapai 21 tahun. Setelah lama mengenali Lydia, Ridhwan mula jatuh hati.Dia ingin selalu berada di sisi Lydia dan menjaganya. Dia tidak sedikit pun kisah yang Lydia itu kurang upaya. Pernah sekali dia menanyakan Lydia sama ada dia sudi menjadi isterinya. Lydia terharu kerana dia tidak terfikir ada orang yang rela memperisterikan seorang yang buta. Lydia menjawab, “Saya berjanji saya akan kahwin dengan kamu setelah saya boleh melihat. Saya tidak kisah bagaimana rupamu dan saya akan tetap menjadi isterimu.”
Berberapa minggu kemudian, Ridhwan menyampaikan sebuah berita baik kepada Lydia. Setelah Lydia mendapat tahu yang ada penderma mata untuknya, dia menangis tanda kesyukuran. Ridhwan hanya senyum. Namun, ada kepiluan di sebalik senyuman itu.
Setelah beberapa bulan berlalu, Lydia pergi ke hospital untuk mengadakan pembedahan mata. Dia harus bermalam di hospital sebelum dia pulih sepenuhnya. Pada 21 Julai, Lydia sudah boleh membuka balutan di matanya itu. Sejenak sahaja dia membuka matanya, dia melihat seorang lelaki di tepi katilnya. Lelaki tersebut sedang memegang sebuah kotak baldu berwarna biru yang agak kecil. “Siapakah kamu?”
Lelaki tersebut terus berkata dengan gembiranya, “Lydia? Kamu sudah boleh melihatkah? Tahniah!”. Dia terus menghulurkan kotak kecil itu dan melamar kepada Lydia. Lydia tersentak seketika dan di dalam hatinya tertanya-tanya, Siapakah lelaki itu? Lydia cuba menerangkan kepadanya yang dia tidak mahu memikirkan tentang kahwin dahulu. Dia juga berkata, “Lagipun, saya tidak ingin seorang suami yang buta seperti kamu.” Lelaki itu hanya memberikan Lydia sekuntum senyuman yang pudar. “Akulah…Ridhwan” Lydia terkejut.“Selamat hari lahir… Lydia.” Dia pun meninggalkan kotak itu di tangan Lydia dan terus meninggalkan wad.
Lydia diam membisu buat seketika. Dia terasa sebak di dada kerana telah mengeluarkan kata-kata yang mungkin telah melukai hati Ridhwan.Dia juga terlupa bahawa hari itu adalah hari lahirnya. Dia membuka kotak biru itu dan di dalamnya terdapt sebentuk cincin berlian yang sungguh indah. Lydia bergegas keluar dan cuba mencari Ridhwan. Lydia terlihat Ridhwan duduk keseorangan di taman. Ridhwan sedang mengeluarkan sekeping kertas dari sakunya lalu meronyokkannya dan ditinggalkannya di atas bangku. Ridhwan mengambil tongkatnya dan berlalu pergi dari situ.
Tanpa berlengah lagi, Lydia menuju ke bangku dan mengambil kertas tersebut serta membukanya.
‘Marilah lita layarkan bersama bahtera di samudera yang tiada bertepi. Usah gentar pada gelombang yang bakal melanda. Dengan berbekalkan ketabahan, kesabaran dan keimanan, kita pasti menuju ke satu destinasi… Lydia, ini adalah harapanku agar kita dapat bersama dalam apa situasi pun, ku ingin kau bahagia’
Berderai air mata Lydia jatuh membasahi kertas itu. Kini dia sedar betapa telus kasih sayang Ridhwan terhadap dirinya. Dia berasa begitu aib dirinya kerana telah menghampakan harapan insan yang telah membuat pengorbanan yang amat besar terhadap dirinya.“Ridhwan, akulah kacang yang lupakan kulit, aku menyesal… ampunilah aku kerana telah melukai hatimu…”