Karangan 1HML
September 29, 2009
Sila hantar menerusi komen.
Kronikel Raya
September 14, 2009
di bukit teresa
kala sejagung usia
sambutannya ceria
ibu ayah masih muda
di cantonment jua
kala tambah usia
kejiranan pangsa
abang ajak jalan raya
duduk atas sofa
corak bunga raya
tunggu suara mufti
esok raya senang hati
mercun cili padi
sumbu belerang api
main depan rumah
bertaburan perca merah
di bukit permai
kala darjah dua
kunjung sanak saudara
sedondon sekeluarga
di rumah tinggi blair plain
ayah dibuang kerja
raya tak bersambut
belas ihsan datang berturut
kunjung-mengunjungi
naik bas jalan kaki
lewati dinihari
bas hock lee enjinnya mati
tinggal rumah setinggan
tumpang rumah sepupu
raya bersendirian
jumpa keluarga hujung minggu
di mekola jalan kayu
dua keluarga bersatu
raya tak seberapa
kekurangan tapi bahagia
kampung simpang bukit sembawang
raya tak terlupakan
meriah kejiranan
keliling kampung dengan teman-teman
di bartley sekolah pra-u
bergaya sepatu baru
singgah rumah satu-satu
jalan raya sampai empat minggu
ketika di nus
bertemu gadis manis
malam raya pertama
kunjungi rumah bakal mertua
kini dah berkeluarga
masuk melinium baru
dendangan lagu raya
pasti menusuk kalbu
sungguh dah ber’MRT’
berjenis-jenis teksi
bas besar berhawa dingin
anak-anak suka naik lori
berabad di tempuhi
puasa dihayati
1 syawal dinanti
bermaafan kunjung mengunjungi
Oleh CG Karmin Abbas
Kalau kaukenal matahari
September 1, 2009

Kalau Kaukenal Matahari
Siti Hawa Bte Ismail berkata pada:
Ogos 31, 2009 at 1:32 pm
“Kau.. seorang sang matahari
Yang menyinari hidupku
Kami, dengan penuh rasa hati
Ingin mengucapkanā¦
Selamat ,hari, guru!”
Kata Matahari:
Buat semua yang kenal matahari
kalau aku matahari……
kau bak lautan luas
membentang dan membias sinar mentari
kala tenang memancar
berkias kegembiraan
kala dirundung sedih
masih bermanik-manik kilauan
dalam riak permukaan air
dapat kuselam isi hatimu
kutahu arus juga menyusur
memukul karang-karangmu
duhai lautan kaulah masadepan
serangkaian spesies dan hidupan
pasang dan surut sepanjang kehidupan
sinopsis:
sajak ini mengningatkan kita bahawa murid-murid penting sebagai generasi masa depan. dalam kehidupan seharian, mereka mengalami naik turun emosi kerana keadaan sekeliling mempengaruhi pembangunan jiwa mereka.
kosa kata:
- membentang dan membias sinar mentari = terhampar; memantul mula cahaya (reflection)
- kala tenang memancar = waktu; mengeluarkan cahaya
berkias kegembiraan = membayang-bayangkan - kala dirundung sedih = diselubungi/terjejas
masih bermanik-manik kilauan = masih kelihatan keupayaan - dalam riak permukaan air = ombak kecil
dapat kuselam isi hatimu = memahami
kutahu arus juga menyusur = ada tekanan dalaman (dalam jiwa)
memukul karang-karangmu = mencabar kesabaran



