Karangan Berdasarkan Peribahasa
Peribahasa : Melepaskan anjing tersepit
Makna : Menolong orang yang tidak tahu membalas budi, malahan kadang-kadang dibalas dengan perbuatan jahat.
Tema : Tidak mengenang budi
Plot Asal
1. - Melibatkan seorang anak dan emak
- Anak berhutang beribu dolar dengan tailing
- Bisnes jatuh
2. - Ibu sanggup melunaskan hutang
- Sanggup menggadai barang berharga dan menjual rumah
- Tumpang rumah anak
- Tiada duit
3. - Ibu membebel, bertanya bila wangnya akan dibayar balik
- Anak berasa bosan dengan leteran ibunya
- Anak memberitahu ibunya bahawa dia sudah kaya
- Dia membeli rumah baru untuk ibunya
4. - Sebenarnya, anaknya tipu dan meninggalkan ibunya di lorong-lorong kosong
- Ibunya melepaskan anjing tersepit
Setelah Dipertenagakan
“Saya janji. Selepas perniagaan saya kembali maju, saya akan membayar wang yang saya pinjam,” dia meyakinkan ibu tirinya.
“Tidak mengapa. Bila Hakim sudah dapat bayar, Hakim bayar sahaja,” Rina membalas dengan sekuntum senyuman yang mekar di bibirnya sambil memegang peha yang terdedah.
Hakim menghela nafas lega. Baru semalam, pintu rumahnya disimbah dengan cat berwarna merah. Dinding di luar rumahnya pula diconteng dengan beberapa perkataan lucah. Wang yang dipinjamnya daripada tailong belum dapat dibayar lagi. Malah, dia tidak mempunyai wang untuk membayarnya. Perniagaan yang diusahakannya selama beberapa tahun jatuh.
Sekiranya dia berhutang dengan bank, dia pasti sudah diisytiharkan sebagai seorang muflis. Namun, dia memilih untuk meminjam wang daripada tailong untuk melunaskan hutang yang ditanggung oleh syarikatnya. Setelah hutang yang ditanggung syarikatnya dilunaskan, dia berhutang dengan tailong pula. Dia menutup sebuah lubang dan kemudian membuka sebuah lubang yang baru. Selepas ini, dia akan berhutang dengan ibu tirinya pula. Di fikirannya, dia sudah tahu cara untuk menutup lubang ini.
“Hakim, mari kita ke bilik,” Rina mengarahkannya ke biliknya. Nalurinya sebagai seorang wanita yang mendambakan cinta harus dipuaskan. Walaupun cinta yang dapat dicurahkan Hakim hanya selama beberapa minit, ia sudah mencukupi buat seorang janda yang kehilangan suaminya.
Manusia saling mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Kadang-kala, pengorbanan yang dilakukan membuat diri sendiri terkorban. Rina mengorbankan hartanya demi anak tirinya. Rumahnya dijual. Hampir seluruh hartanya dipinjamkan kepada Hakim. Wang peninggalan yang diterima Rina setelah kematian Malik turut dipinjamkan kepada Hakim. Sebagai ganti, dia menumpang di flat satu bilik milik Hakim. Setiap malam, mereka tidur di bilik yang sama. Hakim menutup sebuah lubang dan membuka sebuah lubang yang baru.
Masa tidak menunggu siapa. Ia terus berlari dan perniagaan Hakim kembali maju dengan bergeraknya masa. Rina pula ternyata tidak puas dengan cinta yang diberi. Dia mula merindukan harta yang dilepaskannya kepada Hakim. Cinta palsu yang dipengaruhi nafsu tidak dapat membayar wang yang telah dipinjamkan kepada Hakim. Melihat perniagaan Hakim terus maju membuatnya ingin meminta kembali wangnya. Hakim tidak lagi tersepit dengan hutang-hutang yang sebelum ini ditanggungnya. Kini, tiba masanya untuk Hakim membayar hutangnya. Dia mengorak langkah.
“Hakim, bila Hakim hendak bayar…” dia tidak sempat menghabiskan ayatnya.
“Jangan bimbang. Hakim akan bayar. Hakim akan gantikan rumah yang dijual dengan rumah yang lebih besar. Tunggulah,” Hakim membalas. Rina terlompat kegirangan lalu mencium pipi Hakim yang berjerawat.
“Mari…” dia memimpin tangan Hakim ke bilik mereka. Hakim melangkah dengan jiwa yang berat menanggung beban kata-katanya. Lubang yang dibuka akan ditutup. Dia berhenti berfikir sejenak dan melayan Rina yang dahaga.
Rina sudah tidur setelah penat melayan nafsunya. Hakim masih belum tidur. Ada sesuatu yang hendak dia lakukan. Perkakasnya sudah disiapkan. Sudah lama dia menunggu masa untuk menutupi lubang yang telah dibukanya. Setelah lubang ini ditutup, dia akan bebas. Dia membuka almari lalu mengeluarkan gambar ayahnya yang berbingkai. Dia menatap gambar itu dengan air mata yang menitis menuruni pipinya perlahan-lahan.
“Ayah, apa yang Hakim sudah lakukan hanyalah sedikit sahaja. Ini balasan Hakim untuk ayah. Ayah kahwin isteri muda dan selepas itu mengabaikan Hakim. Ini balasannya. Ini semua kerana perbuatan ayah. Biarlah Hakim dipanggil anjing yang tidak mengenang jasa. Ayah ialah bapa anjing. Dan sekarang, Hakim akan melakukannya sebagai balasan buat ayah!” air mata masih menitis.
Dia meletakkan gambar ayah di atas meja agar ia dapat melihat apa yang akan dia lakukan. Hakim mengeluarkan perkakasnya. Rina masih tidur dengan nyenyak. Dia akan terus tidur selepas ini. Dia seperti melepaskan anjing tersepit. Pengorbanan yang dilakukannya membuat dirinya terkorban.
Soalan Kefahaman (20 markah)
1. Berikan sebab mengapa Milah sanggup mengorbankan hartanya demi perniagaan Hakim. (2 markah)
2. Apakah yang dimaksudkan pengarang dengan ‘menutup sebuah lubang dan kemudian membuka lubang yang baru’. Jelaskan.(4 markah)
3. Mengapa Milah ingin meminta kembali wang yang telah dipinjamkan kepada Hakim? (4 markah)
4. Adakah Hakim berkata benar apabila mengatakan bahawa dia akan membelikan Milah sebuah rumah yang besar? Buktikan. (4 markah)
5. Kelalaian bapanya dalam menjaganya tidak boleh dijadikan alasan untuk Hakim melakukan apa yang telah dan ingin dilakukannya terhadap Milah. Setujukah kami dengan pernyataan ini? Jelaskan. (6 markah)
Soalan Kosakata (6 markah)
1.muflis ( 2 markah)
2. mengorak langkah (2 markah)
3. terlompat kegirangan (2 markah)
![OMG ! [ Explore #1 ] OMG ! [ Explore #1 ]](http://static.flickr.com/2631/4150305338_5dd4270c04_t.jpg)



April 19, 2009 at 10:57 pm
Karangan asal memang ada potensi. Setelah dipertenagakan, ianya menjadi satu naskah hebat. Syabas kepada kumpulan asal yang menerbitkan cerita ini. Syabas juga kepada Khairool kerana mempertenagakan karangan ini.
Natijahnya, untuk mempertingkatkan mutu kerja kita, usaha persendirian sahaja tidak mencukupi. Kita harus gunakan rangkaian atau ‘network’ yang lebih arif dan berpengalaman.
Kepada para pelajar yang pernah menghadiri ‘Program LAP’, kami akan menyediakan lebih banyak contoh karangan asal yang dipertenagakan.
CG Karmin Abbas
April 22, 2009 at 3:25 pm
Saya suka jalan ceritanya dan perkataan-perkataan yang digunakan pun sangat mudah untuk saya fahami. Its really a nice essay to be read and I’ve started to like reading all the karangan posted here. Hehe! (:
April 23, 2009 at 3:04 am
Terima kasih. Bahasa yang mudah juga boleh menjadi indah. Anda juga boleh menulis karangan sebegini untuk peperiksaan di sekolah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Ogos 14, 2009 at 9:37 am
wow. really fantastic composition here. amazing flow of story.