Masuri
Mac 20, 2008
Berarak mega di angkasa. Sayang tiada berseri lagi.
Pemergianmu ditatahi nisan, tak kembali .
Jasad Masuri baru dikebumikan. Talqin sedang bergema. Bergema seperti deraman guruh sebelum petir memancar dan ribut melanda. Masuri meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Kehilangan yang aku rasakan sukar diisi kembali. Berbaur kesepian dan kesedihan dalam hatiku.
Semalam aku bersama Masuri di Muzium Tamadun Asia. Aku duduk di sisi Masuri dengan fail-fail rakaman foto dan karya-karyanya yang menjadi bahan rujukan. Apabila wartawan meminta, aku akan suguhkan bahan-bahan yang diperlukan. Baru dua bulan aku menjadi pembantu peribadi Masuri S.N.
Masuri ialah pelopor puisi moden Singapura. Karya-karya Masuri sewaktu pendudukan Jepun amat dikenali sehingga hari ini. Masuri begitu ceria ketika menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh wartawan Berita Harian. Ketika wartawan menanyakan soalan tentang karyanya sewaktu pendudukan Jepun, tiba-tiba Masuri menekap dadanya dengan telapak tangan kanan. Terhampar kewarna-warnian. Namun tiada gemilang lagi.
Kehilanganmu susutlah khazanah, bangsaku.
Dua minit kemudian, bangsanya kehilangan seorang tokoh kesusasteraan yang hebat. Pendudukan Jepun mula karyanya, pendudukan Jepun juga titik akhir perjuangannya. Sepi akhirnya irama batinmu. Kelmarin masih lekat di jejari.
Di Arts House. Faizal Tehrani dan Pak Samad Said berada di sisiku. Aku rindukan kehadiran Masuri. Biasanya dalam seminar sebegini, Masuri diundang untuk menarajuinya. Masuri akan membentangkan kisah hidup dan pengkaryaannya yang tidak jelak-jelak didengari. Pak Samad dan Faisal tidak lupa mengucapkan takziah di atas pemergian Masuri. Mereka tahu aku rapat dengan Masuri. “Morshid, Masuri tiada penggantinya , tetapi kita harus meneruskan perjuangannya.” bisik Faisal Tehrani, penulis prolifik dari Malaysia.
“Kita kenang Masuri dan kita hidupkan karyanya di mana-mana.” Terpantul suara garau Pak Samad sambil mengenggam keras tanganku selepas seminar setengah hari itu. Petang itu selepas selesai seminar, aku meninjau kuburan bertatah nisan di lot 25. Mataku mencari-cari sesuatu. Pusara Abadi lengang petang itu. Matahari redup. Seorang anak muda kelihatan sedang berteleku di sisi pusara Masuri. Siapakah anak muda itu?
“Saya Haikal. Saya suka karya-karya Pak Masuri.”
Bibirku menguntum senyuman.
Dadaku dipenuhi harapan.




Mac 20, 2008 at 9:12 am
cerita ini menarik.cerita yang simple tetapi mampat.dengan bahasa berbunga dan lirik lagunya, mengharumkan lagi karangan ini.inspirational.
Mac 20, 2008 at 9:16 am
bagus sekali eh. saye suke. nyaha. =D
Jun 19, 2008 at 2:15 pm
Somehow i missed the point. Probably lost in translation
Anyway … nice blog to visit.
cheers, Diagrammable!
Julai 9, 2008 at 1:16 am
Allahyarham Masuri
kehilangan yang sukar dicariganti
Al-Fateha buat Almarhum di bersemadi
di Pusara Abadi
….. dari seorang insan yang pernah menceduk sedikit lautan ilmu darimu.
ps. Saya pernah melakonkan watak Masuri semasa zaman penjajahan Jepun dalam sebuah doku-drama TV pada tahun 90′an.