Iltizam ‘Mat Gilla’
April 7, 2007
” Terima kasih Cik Jah. Ni 80 sen. Kalau ada lagi jangan lupa panggil saya.”
“Mak Cik tak lupa. Daripada dibuang baik aku kasi pada engkau Mat Gilla.”
“Panggil sahaja Mat Gilla, lalu Mat Gilla akan datang untuk tukar minyak jelantah dengan wang. Ingat 1 botol besar 40 sen. Dunia ini akan jadi lebih bersih.”
Mat Gilla sedang memandu ke arah Jalan Tukang 1.
“Berperan di jagatraya….
Pastikan ia bernyawa….
Setiap daya diuntaikan untuk menjana kejayaan.”
” Gugusan pantas dirangkaikan….
Gagasan justru diekakan…..
Siasah mapan diempangkan…..
Berindukkan kepastian
Abadikan….
Iltizamkan.”
Memang itulah iltizam Mat Gilla. Dan, dia harapkan ramai lagi yang akan berusaha menyelamatkan persekitaran alam.
Di dalam makmal kecilnya, Mat Gilla menuangkan beberapa botol minyak jelantah ke dalam balang besar. Esok minyak berlemak tinggi itu akan diproses menjadi ‘minyak biodiesel’. Mat Gilla punya empat impian. Lori-lori besar yang memungut minyak jelantah dari restoran-restoran makanan segera yang menggunakan minyak gorengan dalam proses penyediaan makanan. Lori ini akan memunggah muatan itu di kilang biodiesel Mat Gilla di Jalan Tukang Tiga. Kedua, Mat Gilla ingin lihat stesen minyak biodiesel di merata Singapura. Stesen-stesen ini tidak bernama tetapi bersepanduk. Tertera ‘Berperan di jagatraya. Pastikan ia bernyawa.’
Ketiga, setiap rumah akan dibekali. ‘Panggil dan Mampir’. Tidak kira di mana anda berada. Penghantar akan sampai ke muka pintu anda untuk menghantar minyak biodiesel. Keempat, setiap syarikat besar akan menggunakan minyak biodiesel keluarannya. Namun, Mat Gila sedar dia ada satu masalah yang besar dan rumit. Bukan satu tetapi dua sebenarnya.
” Denyutannya diteruskan….
Puncak persada harapan…..
Dambakan satu realiti……
Memacu ke destinasi.”
” Berjejaknya di latisan….
Melekapnya di warisan…..
Bukannya imaginasi…..
Buaian halusinasi.”
Dia tidak mahu setakat berimaginasi. Mat Gilla tidak mahu berhalusinasi. Di depannya ada dua masalah yang besar dan rumit. Dia tidak ada setengah juta dolar untuk membina loji pengeluaran minyak biodiesel yang besar dan satu lagi, dia belum berdaya membasmi bahan ‘Nox’ yang dikeluarkan oleh produk ciptaannya itu. Menurut kajian, jumlah ‘Nox’ yang dilepaskan oleh minyak diesel lebih kurang 2 hingga 10 peratus lebih banyak daripada minyak petroleum. Mat Gilla berazam untuk menangani dua masalah ini. ‘Nitrogen Dioxide’ atau ‘Nox’ adalah musuh utama Mat Gilla kini.
“Nanti kau ‘Nox’. Aku akan basmi kau!”
” Berperan di jagatraya…..
Pastikan ia bernyawa…..
Setiap daya diuntaikan untuk menjana kejayaan.”
Mat Gilla membisikkan lirik lagu ‘Iltizam’ di akhir persembahannya. Pada siang hari, Mat Gilla ialah pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan biologi. Pada sebelah malam pula, Mat Gilla ialah seorang Mat Punk Rock di sebuah pub di Benoi Road.
Diubahsuai daripada kisah yang benar.




April 8, 2007 at 1:23 pm
word dalam ceterpen ni semua power-power…
tak faham sgat cerita ni pasal apa…
April 9, 2007 at 7:28 am
Cuma sekejap sahaja saya tidak VIEW lelaman ini, tetapi ia telah diUPDATE. haha.
April 11, 2007 at 7:20 am
cikgu…saya tak fhm ah…saye nye girlfren pun tak faham…ehem ehem
April 11, 2007 at 9:31 am
ni gerenti nak kene tonton dulu. nampak gaya macam ada lagu. jadi cg, mat gilla to tengah nyanyi lagu iltizam kan? dia ambik minyak jelantah. dia nak pegi kilang dia nyanyi. dia kan mat punk rock. kalau tak salah sayalah…..
April 17, 2007 at 9:08 am
yo CG. kite cume nk mngcapkn syabas. !! (;
April 21, 2007 at 8:17 am
cerite bleh fhm. perkataan yg cg gune, terutama skali dlm lagunye, power abis.
April 21, 2007 at 9:03 am
nanti saya perdengarkan ceterpen dan lagunya sekali di dalam kelas. bagaimana?
Mei 9, 2007 at 8:34 am
hmm nampak gayanya terlepaslah peluang saya untuk menyaksikan perdengaran ceterpen dan lagunya. sangat beruntung mereka =)