Johan?
Mac 30, 2007
Kelas sunyi dan kebanyakan murid bosan kerana mereka tidak suka pelajaran Matematik. Cikgu Karmin sedang mengajar subjek Matematik di bilik darjah. Cikgu Karmin berasa letih kerana tidak cukup tidur malam sebelumnya. Dia menulis soalan Matematik di papan tulis.
“Baiklah murid-murid sekalian, selesaikanlah soalan ini, ” kata cikgu dengan suara yang separuh mengantuk.
Seorang murid perempuan, Alisah tidak fokus dengan pelajaran yang sedang diajar oleh cikgunya. Dia sedang mengelamun. Dia berasa gembira kerana dia memikirkan tentang pertandingan tarian dengan temannya. “Lihatlah keindahan tarian mereka.” Aula itu sunyi dan penonton lihat tarian mereka dengan perasaan asyik dan terpukau.
Guru Alisah kelihatan curiga kerana Alisah kelihatan tidak memberi perhatian dalam pelajarannya. “Kumpulan johan yang telah memenangi tempat pertama adalah,….Alisah dan Hadi!” kata pengacaranya.
Alisah berasa sungguh gembira. Penonton berdiri dan menepuk tangan. Aula itu kebisingan kerana penonton bersorak kegembiraan.
Cikgu Karmin pun menuju ke arah Alisah. Tiba-tiba, Alisah berdiri dan menjerit dengan kegembiraan. Mata cikgu terbeliak seperti sebiji telur penyu. Hilang anak mata hitamnya!. Cikgu Karmin terkejut. “Alisah, berdiri dan cuba senyap…” Kata cikgu dengan jantungnya masih berdebar-debar dengan pantas. Beliau pelik dengan perbuatan Alisah.
Alisah terasa malu apabila rakan-rakannya merenungnya. Keseluruhan kelas merenung ke arah Alisah dan mula berbisik-bisik. Tiba-tiba,mereka pun ketawa. Kelas itu berdengung dengan hilai-tawa murid-murid.- Karya Sofia dan Amira (Darjah 6)




Mei 27, 2007 at 10:40 am
so cute !
Julai 31, 2008 at 4:20 am
harus banyakkan frasa berbunga