19NT

Mac 15, 2007

      Lahirku menjulang bahagia. Akulah tiara keluarga. Kemegahan ibu dan ayah. Ayahku bagai seorang raja waktu kelahiranku. Ibuku bagai permaisuri baginda. Begitulah kata nenekku. Kata nenek lagi, ayah kuat kerja. Siang dan malam. Ayah tidak berpelajaran tinggi. Ibu pula suri rumah sepenuh hari. Nenek tinggal bersama kami. Aku masih terlalu kecil untuk untuk memahami hidup ini. Dulu ketika ayah pulang, berkatnya seukir senyuman yang membawa kebahagiaan.


      Setiap malam sebelum aku tidur, nenek akan bercerita. Nenek akan mengungkap kisah-kisah lama. Kisah kebahagiaan cuma. Aku tidak bertanya apa-apa. 

     “Tak terduga konflik melanda lucut makhota kecai manikannya……” alunan lagu merdu dendangan Irah, penyanyi muka baru yang semakin mendapat perhatian menggugat jiwaku.     Ketika menjejaki menengah satu ku cetus satu pertanyaan. Nenek bungkam hilang bicara. Malam itu aku mengetuk pintu kamar nenek. Aku mahukan jawapan. Baik atau buruk akan aku terima dengan hati yang terbuka. Nenek terus mendakapku. 


    “Nenek tidak boleh sembunyikan lagi kebenaran dari saya. Saya berhak mengetahui perkara yang sebenar,” ujarku dalam dakapan dan limpahan air mata seorang tua yang berusia dalam lingkungan tujuh puluhan. Nenek bagai air pancuran. Di pancuran inilah aku mengemis setitis mata air kasih ayah dan bonda . Hakikatnya aku anak kecil yang terbengkalai. Disisih oleh ayah dan bonda yang menghilang entah ke mana.      Terhempas kini harapanku. Bukan mahuku jadi begitu……….


      Suatu waktu lenyap sara hidup kami.       “Pudar jua kesabaran bondamu nan mithali Yan.” 

      Sejak itu, aku hilang segala-galanya. Satu-satunya bonda yang tercinta. Bonda hilang kesabaran mengharungi bahtera rumah tangga yang tak terkemudi – sebuah bahtera yang kontang muatan dan bekalan utamanya. Pemberontakan dan penderhakaan di pelantar bahtera memang menunggu masa. Dalam sekelip mata ia berlaku. Dalam sekerdip kebingasan aku menjadi piatu. Ibu bunuh diri. Ayah mengikuti. Terjun dari lantai tinggi.


      “Malam itu tepat jam sebelas. Nenek rasa tak kena. Jiwaku rimas Yan. Ayahmu masam muka. Bonda mu sibuk mengemas sambil mendakapmu Yan, penuh rasa belas. Sebelum keluar rumah, aku mohon engkau diserahkan kepadaku. Mujur Yan…mujur…bondamu tidak membawamu bersama.”  Pelukan itu terakhir. Pamitnya bonda, susulnya ayah tidak pulang-pulang lagi.      Gerimis rindu basahi pipi. Anak kecil 19NT.

2 Responses to “19NT”

  1. roszy TK Says:

    woww… this.. this cerpen.. wowww.. feelings die.. wo0ww.. saya boleh rasakan.. pertama kali saya perasan bahawa sebenarnya, perkataan-perkataan juga boleh membawakan perasaan.. pabila saya membaca cerpen ini, boleh saya bayangkan cerpen ini dipentaskan seperti sebuah skit.. mungkin kami boleh mementaskan cerpen ini utk persembahan kami pada akhir semester ini? =)

  2. Iqah Says:

    i love this cerpen..my favourite


Leave a Reply