Diari Kecil Diana

      Diari kecil ini tinta kehidupannya. Diari kecil ini sejarah dunianya yang sirna fikir Diana. Tetapi itu kisah lama. Diana mengusap diari kecilnya. Diari kecil Diana adalah luahan segala isi hati dan rakaman kehidupan peribadinya. Kini Diari yang ditekap erat di dadanya adalah sumber panduan bagi dirinya.

      Airmata Diana semakin bergenang. Bendungan di kelopak matanya pecah ketika dia menyorot jejari telunjuknya di bait-bait puisi di muka surat diari kecilnya. 

     “Diari kecil ini teman pena kehidupan. Tarian harapan hidupku yang longlai.”

     Sejak mengunjungi Puan Amira, tersemai azam baru dalam hati Diana. Tarian longlai kehidupannya mahu digantikan dengan rentak hidup yang lebih bertenaga. Yang lebih bermakna. 

     “Diari kecil ini kawan babak kehidupan, Urutan sejarah hidupku yang resah.”

     Keresahan ini telah merenggut masa depannya bentak hatinya! Hampir keresahan ini merenggut nyawanya. Mujur, dia menghubungi talian ‘NurteensLife’ di saat dia nyaris-nyaris menghiris mata pisau yang tajam itu di pergelangan tangannya.

      ”Diari kecil ini kawan, naskah kehidupan. Rakaman sejarah hidupku terumbang.”

      Dengan bimbingan Puan Amira, Diana sedar bahawa itulah hakikat hidup. Ibarat air laut, ada pasang surutnya. Ibarat gelombang, geloranya perlu dikemudi. Untuk mengemudinya persiapan, perancangan, keyakinan dan pengalaman amat penting. Kini kembara hidupnya yang terumbang-ambing akan dihadapinya dengan lebih bersedia.

      ”Diari kecil ini kawan, jilid kehidupan. Diari kecil ini teman, antologi perpindahan.”

      Segala-galanya yang berlaku adalah kesilapan dirinya sendiri. Diana mengakui kesilapannya dalam setiap sesi kaunseling yang dihadirinya. Benar kata Puan Amira. Setiap kali dia mengakui kesilapannya dan membuka hati dan mindanya untuk mengubah sejarah hidupnya, belenggu yang melilitnya selama ini terlerai berdikit-dikit. Semakin terlerai belenggu itu, semakin bebas jiwanya dari kemurungan.

8 Respons kepada “Diari Kecil Diana”

  1. roszy TK Berkata:

    wahh.. cerpen ni bnyk frasa-frasa berbunga lahh.. power. boleh lah saya pakai utk karangan-karangan dan cerpen-cerpen saya! hahhaa… kemarin saya dapat tonton skit utk cerpen ini, skit itu boleh saya rasakan imosi-imosinya.. power ah!! poweRanger!! =))

  2. Muhd Hafiz Berkata:

    does evry1 need to hav a diary?

  3. jalan cerita yang menyentuh hati.. menceritakan kisah hidup seperti di dalam realiti..

  4. nab*ilah Berkata:

    cerpen yang ,menarik perhatian tetapi tidak begitu faham isi kandungannya. boleh diperbaiki dengan lebih baik. =))

  5. i lurve this! i remember when you and a girl ..read and sing it for us..[ping yi secondary school]

  6. syafiqah Berkata:

    cikgu dah besar pun tengok Power Ranger!
    kakaka…
    but the way the song is explained …..
    FUH! POWER!
    tapi tak lah sampai power ranger
    cikgu apasal cikgu punye font ade yang gelap …ade yang terang sakit mata
    nak baca…heh heh.

  7. syafiqah Berkata:

    sorry letak salah
    pasal yg power ranger
    salah orang
    patutnye ROSZY
    SORRY!

  8. puteribaidury Berkata:

    bahasa ampuh!

Leave a Reply